Sunday, February 3, 2013

Kisah Sepanjang Tahun 2012

Mak aihhh.. berkapok dah blog aku ni.. dah bersawang2.. labah2, lipas pun penuh dah ni.. wahaaahhahhaaha..
Hari ni tetiba mood nk berblog dtg plak.. mgkin sbb en somi xde kat umah.. Hah! dah bersomi rupenya Anoy Pokkonoy ni.. nampak tak! nampak tak! punye lama x update blog..
So, harini aku buat secara ringkas lak apa yg berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 ni..

21 Jan  2012 - aku selamat diijab kabulkan dengan En Abdul Rahman Bin Hj Bahari di masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju jam 10.30 pagi dengan sekali lafaz.. Alhamdulillah..

22 Jan 2012 - kenduri dan majlis persandingan belah family aku di Puncak Jalil (kt umah abg aku). Tema wana hijau.. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Cume tetamu x berapa ramai yg dtg sbb masa tu cuti thn baru cina.. so ramai org balik kg.. Apa pun terima kasih kepada tetamu yg datang yg sudi memeriahkan majlis. X lupe juga kepada adik beradik, saudara mara yg bertungkus lumus menjayakan majlis persandingan aku ni.

28 Jan 2012 - majlis sambut menantu sebelah keluarga pengantin lelaki pulak. Tema wana biru.. majlis yg simple sbb kami x bersanding. Trus ke meja makan.. walaupun simple tetapi tetap meriah dgn tetamu yg dtg sampai makanan hampir2 x cukup yg membuatkan ibu mertua aku resah..

23 Feb 2012 - kami "berhoneymoon" di pulau perhentian. 1st time pegi pulau.. hhehehee.. kami bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Masa tu amik pakej kt agen sbb xtau apa yg aktiviti yg nak dilakukan disana.. So, antara aktiviti yg kami lakukan adalah snorkeling tp malangnya aku x pandai berenang.. huhuhuhu. turun sekali je tu pun org yg tolong pegangkan.. harap aku wat sndiri, mau mati lemas kot.. apa pun2 seronok berhoneymoon ni sbb relaks dgn pasangan kita.

28 & 29 April 2012 - 2 orang best friend aku kawin. Congrats Nina and Apek.. Dekat2 plak date korang ni,selang sehari je.. nasib baik dekat2 so bleh pegi dua2 sekali.

10 July 2012 - adik lelaki aku plak bertunang. Majlis pertunangan di adakan di Kamunting, Taiping. Maka beramai2 lah kami ke sana.. 1st time aku sampai ke perak..Mmg agak penat perjalanan kami, nasib baik x balik hari terus.

August 2012 - aku di sahkan mengandung di bulan puasa.. Alhamdulillah.. sungguh x ku sangka aku akan bakal mnjadi ibu.. en somi apa lagi, mmg melompat kesukaan lah. Aku pun x sangka yg aku mengandung sbb pada mulanya aku sakit perut yg amat sangat sperti sengugut. Mmg hari tu aku x bleh bangun lgsung, asik terbaring menahan sakit perut. sampai 3 klinik aku pegim baru lah dapt detect aku pregnant.

Sept 2012 - Abang aku pulak bertunang dalam minggu raya tu. Mmg amat mengejutkan kami sume sbb dalam diam2 dia bgtau nk bertunang.. Majlis pertunangan diadakan di Lenggeng Negeri Senbilan. Nasib baik satu negeri dgn kampung kami. Xde lah jauh sgt nk menghantar.. Tu pun berpusing2 jln kami kesana sbb abang aku xtau jalan dr kg kami kesana. Bikin panas hati mak ngn makcik aku jer.. hahahahaaa

24 Nov 2012 - Abang aku, Azrul selamat diijab kabulkan dengan Sabrina Sabri pada 24 November 2012 di Lenggeng N9. Dah jadi laki org abang aku ni.. X sangka die yg kawin dulu dari adik lelaki aku walaupun adik aku yg bertunang dulu.. Apa2 pun tahniah buat abangku..

12 Jan 2013 - Kenduri sambut menantu diadakan di pihak keluarga kami. Majlis diadakan di kampung kami, Tampin N9. Majlis berjalan lancar walaupun ada insiden yg tidak memuaskan hati kami pada pihak caterer.

Tu lah cerita yg berlaku sepjg thn 2012 dalam hidup aku.. Adioss!!

1 comment:

  1. assalam...boleh sy dptkan softcopy map msjid usamah bin zaid...
    fizah.ishak@yahoo.com tQ

    ReplyDelete